Khamis, 31 Januari 2013

kenapa perlu keluar 3 hari,40 hari,4 bulan

Assalamulaikum,saya mulakan blog pertama saya dengan tajuk ini,hal ini kerana saya ingin fahamkan orang awam bahawa keluar dakwah/tabligh bukanlah suka-suka,ia satu perintah Allah,adakah ada mana-mana kumpulan yang berdakwah selain tabligh,namun tabilgh bukanlah satu kumpulan ia adalah kerja semua umat Nabi s.a.w,di dalam tabligh kita akan bentuk satu fikir untuk mengislahkan diri disamping orang lain.selalunya apabila orang tengok tabligh mereka akan kata tabligh sesat,takda ilmu,riak,tapi sape yang tahu hakikat yang sebenarnya,

Para Sahabat Keluar ke Jalan Allah: 

Sebanyak 150 jemaah telah dihantar dari Madinah dalam masa 10 tahun tersebut. Baginda s.a.w. sendiri telah menyertai 25 daripada jemaah-jemaah tersebut. Sebahagian jemaah tersebut terdiri daripada 10,000 orang, ada yang 1,000 orang, 500 orang, 300 orang, 15 orang, 7 orang dan sebagainya. Jemaah-jemaah ini ada yang keluar untuk 3 bulan, 2 bulan, 15 hari, 3 hari dan sebagainya. 125 jemaah lagi sebahagiannya terdiri daripada 1000 orang, 600 orang, 500 orang dan sebagainya dengan masa 6 bulan, 4 bulan dan sebagainya. Sekiranya kita menghitung dengan teliti maka akan didapati purata masa yang diberikan oleh setiap sahabat untuk keluar ke jalan Allah dalam masa setahun ialah antara 6 hingga 7 bulan.
(Petikan Bayan Maulana Yusuf: USAHA RASULULLAH SAW DAN SAHABAT RA DALAM KEHIDUPAN MADINAH)

Sahabat r.hum keluar 5 tahun:

Pada tahun 627M satu rombongan sahabat-sahabat Nabi S.A.W yang diketuai oleh Wahab bin Abi Qabahah dikatakan telah mengunjungi Riau dan menetap selama 5 tahun di sana (sebelum pulang ke Madinah)
(dipetik dari kitab 'Wali Songo dengan perkembangan Islam di Nusantara',
oleh Haji Abdul Halim Bashah, terbitan Al Kafilah Enterprise, Kelantan, 1996, m/s 79, bab 9, ISBN 983-99852-8-0)

ini bermakna mengislah diri disamping orang adalah keluar di jalan Allah,dan banyak kelebihan keluar di jalan Allah


عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لَغَدْوَةٌ فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَوْ رَوْحَةٌ خَيْرٌ مِنْ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا
Hadis Anas bin Malik r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya keluar berjuang di jalan Allah sepagi atau sepetang adalah lebih baik daripada dunia dan isinya.
HADIS :RIWAYAT MUSLIM
KITAB :KITAB IMARAH IAITU KEPIMPINAN
BAB : Kelebihan Keluar Berjuang Di Jalan Allah Sepagi Atau Sepetang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan